Saturday, February 12, 2011

MUKA CANTIK TP HATI BUSUK ? OR MUKA XBAPE CANTIK TP HATI CHANTIK SGT?MANE SATU PILIHAN ANDA?

sy just tanye je?ape pendapat korang.bukan ape kan.org kate rambut same hitam tp hati lain2.dan korang pernah jumpa x,jenis org mcm ni. muka cantik suci gebu tp hati ya rabbi hitam legam mcm kopi kat old town white coffe tu...
sbb sy mmg pernah jumpa org mcm ni....kdg2 siap terkena lg ...pasal hal kerja la kan.....hmmmm....xpela..sesungguhnya Allah s.w.t ebih mengetahui segala2nye....tp
kalo jenis pempuan mcm ni confirm2 bos2 lelaki ikut je ape yg dicadangkan dan kemahuan pempuan cantik tp hati busuk kan??kan??para2 lelaki dan bos2 pun confirm ikut mcm kena cucuk hidung kat lembukan...hilang segala macho dan smart as a big Boss!!!wakakkakaka....:-) adatla kan gitu ?korang setuju x ape yg i ckp ni....???


Tuesday, February 1, 2011

DESTINASION FOR 4TH YEAR OF ANNIVESARY WEDDING!

1) KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH,SUNGKAI. -IN MY LIST-da pernah pergi sekali
 2) CAMERON HIGHLAND-IN MY LIST - da selalu sgt pergi sbb dkt ngan umah mak mentua
3) ZOO SAFARI DI TAIPING-IN MY LIST-xpernah g
4)GENTING HIGHLAND - IN MY LIST-da selalu sgt pergi genting


so, nak kena cr tempat yg xpernah pergi lg.......kena explore tmpat lain plak.....tgh berdua ni ok la berjalan2 cuci  mata....kalo da bertiga mmg xdela kot sy nk berjimba2 ni.......:) layanz baby lg best.......

Rase2nye ini tempat yang dalam perancangan saya untuk bercuti sempena cuti raye cina vs wedding 4th year ...sebenarnye we all booking ticket g sabah sbb nk celebrate kat sane...tp da xde rezki......tu yg kena tukar plan tu.....

sy dan hubby.saya pernah sekali kesini suatu waktu dulu tp time tu sekejap sgt ...lepak pun dlm 3jam gitu....
sbb on the way balik kl sy singgah sini dulu.....yela alang2 balik kmpg husband ...so,kali ni boley leypark lame sikit n mandi air panas n air sejut kat sini.....best sgt mandi sini...kalo buat family trip pun okey.....tp waduhhh....susah betul nak berkumpul ramai2 ...nanti msg2 ade hal.....itu yg payah nk ajak tuh.......

INSYALLAH.........

Image
air panas 1
Image
air panas 2
Image
air panas 3
Image
air sejuk- mmg best la g sini kalo g time org xde lg best
Image
air panas 5
Image
air panas 6
Image
air panas 7- sy pernah dah rebus telur kat sini siap ade jual telur lg kat situ...hehehehe......terus kopek n mkn telur kat situ.......sedap sungguh...
Image
air panas 8



Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai.

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius.

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa antara RM25 dan RM50 sejam.

Perkhidmatan mengurut disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran antara RM20 dan RM45.  

KENAPA LELAKI CURANG??

THANKS FOR BLOG LADYKIKI. SY SAJE  COPY PASTE JE NI
 XDE NIAT APE2 PUN...TP TETIBA BACE BLOG ORG  JUST TO SHARE TOPIC NI!


hari ni aku singgah menyinggah blog orang.. tapi tertarik ngan entry ni.. jom layan.. sekadar untuk bacaan mbik yang baiknye ye.. ^_^


Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
 
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
'You suka marah2 kat i........i carila perempuan yg xkuat marah'
'You xlayan kat i.......i carila perempuan yg pandai layan i'
'You ni duduk rumah da mcm org gaji je gaya........i carila perempuan yg cantik mcm kat office i'
'You ni style macam makcik2 la.....nak kenalkan kat kawan i pun malu'
'You ni da tua la.....I carila yang muda'

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita yang dia pernah sayangi suatu ketika dulu?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat bro kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat bro kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.
-BY brotherlove-

Wednesday, January 26, 2011

MULUT BUSUK!!

Mulut BUSUK!

Adeh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata haaa tak boleh nak buat apa dah. Ya. Siapa suruh tak jaga mulut tu biar wangi sikit? Tak pasal pasal ada hati terluka darah meleleh-leleh. Cewahhh.



salam ye.
hmmmmmmmmmmm....panjang hmmmmm kali ni kan...hehehehe.....
korang pernah x mengalami perangai manusia2 di sekliling korang yang membuatkan korang hilang sabar....
kadang2 xfahamla kan mcm mana la diorang ni berfikir.....

sayakan..(mula ckp nak slow2 ni....hahahhahah...mcm la sy nak mengumpat dlm blog )
xdela.....kadang2 sy betul2 pelik tgk perangai manusia jenis ni.....hmmmm...

manusia yang jenis xtau nak jaga hati orang.....
manusia yang suka cakap besar....(walhal xdela besar mane pun)
manusia yang perasan dia sorang je bagus (walhal xdela bagus mane sgt pun)
manusia yang suka merendah2 kan orang lain (walhal mcm la dia tu tinggi sgt .....i mean perlula manusia mcm ni nak merendah2kan kemampuan insan lain)
manusia yang perasan dia dan keluarga dia bagus (walhal xdela bagus pun tp ayat perghhhhhh xigt)
manusia yang berlagak bagus la senang kate (hahhahahah)
manusia yang perasan dia sorang je cantik....
manusia yang g travel konon2 kat over the sea je (tp hakikat nye tunggu air asia diskaun je then hotel pun rupa2nye duduk ala2 bag packers gitu(kaki pun boley tertolak pintu toilet sbb kecik sgt hotelnye......waakakakak...sy xkisahpun..tp dia punye hidung tinggi wakakakakkakaka...mmg lawak siot....)
manusia yang cakap xsedar diri.......cakap mcm best je sedangkan diri sendri xpayah ckp la...tgk pun tau awk tu xmampu pong.....nsb baik la i ni xmulut laser jerk.....jenis jaga hati org......(tp i tulis dlm blog jerk...wakakka)

saya bukan ape.....tapi saya xtahan nak tergelak dan nak termuntah jugak kalo yg manusia jenis spesis ni buat ayat hidung tinggi tapi hakikatnye saya dan kawan2 tau dia jenis kedekut...saya memang xkisah pun kalo dia nak mengamalkan aktiviti kedekut nye bersama family si polan....akan tetapi kalo si hidung tinggi nak
merendah2kan orang ....aku rase nak muntah saat itu jugak.....hhahahhaha...
manusia yang xtau menjaga hati org lain.....senang cakap main mulut lepas je.......xpk panjang.....
(kalo semua mulut busuk peel mcm ni cuba uall s imagine.....mau sana sini bergado)
manusia yang xsedar diri...

contoh situasi 1
A kate kat B ...A (manusia xsedar diri)= kete kancil ko tu buruk la......B= (dalam hati - kurang2 aku ade kereta kancil sendri ....ko tu si A...kereta pun ko xde., xmampu....nak g mane2 siap menyewa kereta lg...wakakakka..tp sbb mulut B jenis xbusuk xdela nak cakap lepas balikkan..kalo B bls blk mau A menangis kuar darah kot)

contoh situasi 2
....A kate kat B.....
A (manusia xsedar diri jugak la) = eeee...xsukala naik kete kancil tu...xde radio...xde tinted.....
B     = (dlm hati B- alamak nak complaint kete org yg awak tu sedar ke awk tu langsung xde kereta pong???ade hati nak kate org nye kereta .....wink..wink...tu la kdg2 manusia ni harap mulut je terabur propa lebey....

B=(manusia yg ckp xreti nk lepas tp tolong ye kete kancil yg dia kate tu bkn kete aku pun kete aku tinted ade radio hehehe...tp just terpikir je)


contoh situasi 3

sebagai contoh ayat2 manusia yang paling pelik tapi benar di abad ini:-

-I MAKAN SUBWAY KAT LONDON JER.........KAT MALAYSIA XSESEDAP LONDON........(walhal makan kenny rodgers msia  pun berkira2 so kalo mkn kat london yg entah2 10 thn sekali je ko g msane ,so kat msia ko x mkn langsung jela...kate jela ko kedekut n xmampu sebenarnye...wakakaka)

-I BELI SELUAR KAT  ZARA DI LONDON JER.........(berape tahun sekali jela ko g beli kat ZARA LONDON, ZARA msia pun ko tunggu warehouse sales kot...wakakakaka)

SEBUT MINUMAN MILO JADI 'MAILO'  EVEN MAKAN GERAI TEPI LONGKANG  JER OKEY U ALLSSSS....'MAILO PLEASEEEE'...HAHAHHAHA

-I  PAKAI HANDBAG AIGNER, TOMMY (YANG OVER THE SEA JE LA YE) TAPI
KENA SHARE SATU FAMILY PUN KAN)

-I XSUKA LA CINCIN EMAS........FAMILY I PAKAI DIOMAND RING JER.......LEPAS TU KALO ADE KAWAN2 NYE WEDDING DIA LA KIPOCI PALING PENYIBUK NAK TGK CINCIN ORANG SIAP NAK PEGANG SIAP SURUH TANGGALKAN CINCIN WEDDING ORG TU LAGI....WAKAKAKAKKA....YELA SI HIDUNG TINGGI PAKAI CINCIN UP 5K OKEY (HAHAHAHHAHA.....ITUPUN BELI TIME SALE 80%.....so jadinye lepas 5K AFTER 80% DISCOUNT JD BAPE EK KAWAN2...HA PANDAI.....)

(saya bukan sengaja mengelakkan dia tapi sy xsangka ade jugak makhluk pelik mcm ni.....hahahhahaha.....penyibuk sungguh suka hatila masing2 nak berbelanja ikut kemampuan kan?kan?kan?


akan tetapi si polan di atas ade jugak buat lawak terlampau yg boley memuntahkan isi perut ku ini....wakakakaka...dalam keberlagakkanye itu ...hehehe...dia terlepas pandang perangai taik idung masin nye itu.....yelakan kate kaye sgt.....TAPI.......

for example ye...hahhahaha

situasi4
adela majlis yang perlu diadakan dan setiap seorg wajib bayar RM 20.00 untuk majlis itu....hmmmm...mmg agak mahal berbanding dengan menu yang disediakan ...xde la special sgt.....tetapi...si polan yang org ade2 ni da bising kate mahal la.....yg xtahan....siap bwk plastik & bekal untuk tapau .....dan time nak makan tu asyik nak pergi amik je makanan nak tapau........kalo tapau sikit xpe....yarabbi...byk betul dia tapau....time mkn tu pun siap dia ckp...xcukup lagi ni....ni baru mkn sepuluh hengget ni......kena mkn lebih dr rm20hengget....muahahhahah


kejadian di monorel station.....mahal giler air ni rm 2.00......buat dwet betul diorg ni....sy igt kan ape la sgt kan??tgk2 air 100 plus dlm botol kecik tu....hahhahah...mcm xpernah beli je...sy beli selame ni kalo kat 7E and shopping complex sume harga rm 2.50......ade tu kadang rm 2.80.....(xsesuai langsung dgn si hidung tinggi yang kaye raye...wakakkaka)

situasi 5
dan yang paling saya sakit hati sangat2 (fuhhhhhhh sabarrrrrr.....SABARRRRRRR.......)
si polan hidung tinggi ni boley ckp mak saya seorang yang penting kan diri sendiri sbb pergi umrah byk kali....mmgla mak sy pergi umrah bayk kali dan insyaAllah Februari depan pun akan berlepas ke sana bersama kakak sulung sy.........owhhh...berbalik kepada topik td......boley xsi polan ni cakap terang2 kat sy emak akak ni pentingkan diri sendri ...kita patut bagi peluang kepada org lain utk pergi kesana.....hellllooooo....mak aku pergi umrah bukan pergi haji.....FAMILY N MAK KO PERGI OVERSEA TU EVEN AMIK DISCOUNT PACKAGE  XPENTINGKAN  DIRI  KE  KALO KO BAIK SGT DWET KO N FAMILY KO SILA DERMA KE JALAN YG SEPATUTNYA......XPAYAH LA KO G OVER THE SEA.....HABIS KO IGT G UMRAH SEKALI DAN HAJI SEKALI DA CUKUP LA...MAK AKU PERGI SANA NAK BERIBADAT DAN MAK AKU XDE NIAT NAK PUSING KELILING DUNIA MCM MAK KO YG XMAMPU TU......DA REZKI MAK AKU KE SITU XPAYAH LA KO NAK AJAR MCM TU...KO CKP MMG MCM ANAK XBERAJARKAN......HELLLOOO....KALO MAK KO AJAR BETUL SGT YG KO AMIK DWET DLM PETTY CASH TU ELOK SGT LAKAN????HAHHAHAHHAHA.....

manusia spesis ko ni mmg pelik betul....walhal kedekut xigt.....baju pun korang boley share ramai2 1 family.....da kawin pun korang tinggal 1 family......itu kedekut haji bakhil namanye okey......
...KO XDE HAK PUN NAK SIBUK2 HAL AKU.....ADE AKU KISAH HAL KO.....YANG KO SAMPAI ADD SEMUA FAMILY AKU DLM FB APE KES BEB!!!aduuuhaiiiii...tetiba emosi plak...sorry korang...............

ajaran hari ini......xpayah la nak berlagak2 n hidung tinggi even kita ni mampu ......kita bersyukurla dgn ape yg kita ada dan rezki yang diberi olehNya.......orang lain mampu , family pun senang jugak xde plak nk mulut busuk mcm awk tu....

Assalamualaikum :)

Tuesday, January 18, 2011

En.tomey vs nurse vs chef??

nurse (kalo laki camne ek nurse jgk ke)/chef  =  my lovely hubby

Patient = me vs syuhada

hahahha...nape ek sy bukak topik ni...heheheh..sy kan xley keluar n berjalan2..sy da nak 2weeks berpantang keluar,berpantang mkn...susah sungguh tau nak tgk sy mcm ni sbb sy mmg kaki jalan....xpernah la dlm seminggu sy xg shopping kompleks....sy suka cuci mata..even kalo minum sy suka bangat lepak kat old town cafe depan tasik area bandr tun hussein onn tu..sampai tokey dia pun da kenal sy...so sbb xley keluar keje sy update blog la kan..hahahha....

di sini sy nak buat penghargaan la kepada en.tomey vs en.hubby kerana menjaga sy dgn baik (mcm menang award juara lagu jerk kan...TOLONG IGTKAN AKU)..alhamdulillah....org kate bila kita sakit la nak tgk kan sape yg syg kita kan?kan?.....hmmm...even sy tau dia xbace pun blog sy ni (walhal dlm hati nak soh dia bace ek wakakakka)....tp mmg mamat tu xbace pun...xde masenye dia nak bace......dia tu kan bz giler......kalah PM kite....

breakfast = en.tomey sy sebelum g keje sediakan breakfast sy  (beras dia siap basuh je n letak air so nanti kul 12 sy just tekan je kasi nasi tu msk)
lunch  = dia goreng la ikan bilis n panaskan lauk....
mlm = dia balik dia panaskan lauk dan buat air milo...(walhal pakai 3 in 1 tu je wakakak)

tapi xjadi jugak kalo family sy xdtg tolong...mak & ayah,kekanda2 ku...along & angah ...tq so much2...umuuahh..lap uuu alls.....at least husband sy amik cuti 2hr....(time betul2 kritikal la sbb time tu sy xlarat nak jalan lg)

tp dgn segala kerja rumah lg...basuh kain,lipat kain,basuh pinggan,beli brg kat econsave (dia pergi sorg2 jgk nak beli brg2 umah hehehehhe)...hmmmm..at least sy terharu jgk sbb dia menjaga sy tanpa byk soal...hehhehe
setengah lelaki (xsemua) nak harap bini je.....walhal bini tu xsihat..apela salahnye sesekali menjaga bini nyekann...time bercinta dulu boley jekannnn....hehehhehe......

sy tengah landing kat sofa....sempatla curik2 amik pic dia tgh buat keje kat dapur tuh....muahahahha..


rajinnye dia...hehehe..time nila nak manje2 muahahah

 bagus2..mcm suami mithali gitu...AMIN

saje je pic ni.....kenangan first time msk hospital..nsb xturun katil larii...heheheh

you ni lembik lahhhhh....

you ni lembiklah..nak jadi dot dot dot.....kena la kuat.....i dulu lepas bersalin 7 hari je cuti pastu i da msk keje tau....bla..bla..bla...aku sengih je....
da layan je doctor ni.....
nak wat camne...nak kena refer dia jugak..muahahah
tp yeke?betul ke?aku lembik mcm agar2 ke??
alaa...biasala tu kan....xsemua org punye kekuatan yg same....
sy pun xtau la....tp nak wat camnekan.lepas operate tu sy pening ar...tu psl la pitam dlm toilet..bknnye sy nak pun...hehehhehehe...
okeyla..sy sahut cabaran itu....sy xmoh jadi si lembik ...hehehe..
balik umah husband sy ni da ejek2 pulak....tula sy da ckp awk ni lembik....sbnrnye nak manje2....hahahhaha
suka atila ayang.....muahahahah.....nanti sy letak awk operate kat doctor tu baru tau....
ape2pun...lembik pun lembikla..janji da lepas.....senang hati pun ade jugak .....
lalalalaalallalala

Monday, January 17, 2011

SABAH TRIP CANCEL!!

uwekkkk...uwekkk...uwekkkk...
opps...terlebey sudah..sy bukan budak kecik lg tp nak nangis jugak sbb trip to sabah pada 17hb-20hb January 2011 ....tepaksa dicancelkan ....huhuhu...mmg keadaan memaksa sy mengcancelkan trip ini....
xpela redha jela ye cik puan syuhada....
even sy da print sume info ke sabah dan da byr dwet booking hotel 20%....xpela..sy redha je...
nak buat camne keadaan kesihatan sy xmengizinkan ye en.tomey jgn frust k....
nasib baik en.tomey xbeli google yg mahal hari tukan..hehehhe....yela ..we all plan nak g sabah tu nak g pulau sapi n pulau gaya yg sgt terkenal dgn laut yg biru...damai....tp maybe xsedlamour pulau manukan kot(suka2 je sy da lupa lahehehhe) .....tp pulau ni xramai pengunjung dan masih xtercemar lagi...

sy faham xsemestinye ape yg kita rancang akan terlaksana..semuanye atas ketentuan Allah swt kan....ini salah satu contohnye....hehehhe...sy redha je....sy igt nak bg ticket kat kakak sy tp tarikh pun da dekat dan sy xpastila maybe kena byr sikit kot utk pertukaran name gitu......

hmmmmm...xpela xde rezki...hehehhe....next time la k....lgpun sy da beransur pulih dr operation yg lalu...so,dapat keluar g shopping complex pun maybe da buat sy happy lepas ni.....rase terperap je dok kat rumah ni...hmm...camne la suri rumah yg 24 hrs tu kan????