Saturday, February 12, 2011

MUKA CANTIK TP HATI BUSUK ? OR MUKA XBAPE CANTIK TP HATI CHANTIK SGT?MANE SATU PILIHAN ANDA?

sy just tanye je?ape pendapat korang.bukan ape kan.org kate rambut same hitam tp hati lain2.dan korang pernah jumpa x,jenis org mcm ni. muka cantik suci gebu tp hati ya rabbi hitam legam mcm kopi kat old town white coffe tu...
sbb sy mmg pernah jumpa org mcm ni....kdg2 siap terkena lg ...pasal hal kerja la kan.....hmmmm....xpela..sesungguhnya Allah s.w.t ebih mengetahui segala2nye....tp
kalo jenis pempuan mcm ni confirm2 bos2 lelaki ikut je ape yg dicadangkan dan kemahuan pempuan cantik tp hati busuk kan??kan??para2 lelaki dan bos2 pun confirm ikut mcm kena cucuk hidung kat lembukan...hilang segala macho dan smart as a big Boss!!!wakakkakaka....:-) adatla kan gitu ?korang setuju x ape yg i ckp ni....???


Tuesday, February 1, 2011

DESTINASION FOR 4TH YEAR OF ANNIVESARY WEDDING!

1) KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH,SUNGKAI. -IN MY LIST-da pernah pergi sekali
 2) CAMERON HIGHLAND-IN MY LIST - da selalu sgt pergi sbb dkt ngan umah mak mentua
3) ZOO SAFARI DI TAIPING-IN MY LIST-xpernah g
4)GENTING HIGHLAND - IN MY LIST-da selalu sgt pergi genting


so, nak kena cr tempat yg xpernah pergi lg.......kena explore tmpat lain plak.....tgh berdua ni ok la berjalan2 cuci  mata....kalo da bertiga mmg xdela kot sy nk berjimba2 ni.......:) layanz baby lg best.......

Rase2nye ini tempat yang dalam perancangan saya untuk bercuti sempena cuti raye cina vs wedding 4th year ...sebenarnye we all booking ticket g sabah sbb nk celebrate kat sane...tp da xde rezki......tu yg kena tukar plan tu.....

sy dan hubby.saya pernah sekali kesini suatu waktu dulu tp time tu sekejap sgt ...lepak pun dlm 3jam gitu....
sbb on the way balik kl sy singgah sini dulu.....yela alang2 balik kmpg husband ...so,kali ni boley leypark lame sikit n mandi air panas n air sejut kat sini.....best sgt mandi sini...kalo buat family trip pun okey.....tp waduhhh....susah betul nak berkumpul ramai2 ...nanti msg2 ade hal.....itu yg payah nk ajak tuh.......

INSYALLAH.........

Image
air panas 1
Image
air panas 2
Image
air panas 3
Image
air sejuk- mmg best la g sini kalo g time org xde lg best
Image
air panas 5
Image
air panas 6
Image
air panas 7- sy pernah dah rebus telur kat sini siap ade jual telur lg kat situ...hehehehe......terus kopek n mkn telur kat situ.......sedap sungguh...
Image
air panas 8



Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai.

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius.

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa antara RM25 dan RM50 sejam.

Perkhidmatan mengurut disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran antara RM20 dan RM45.  

KENAPA LELAKI CURANG??

THANKS FOR BLOG LADYKIKI. SY SAJE  COPY PASTE JE NI
 XDE NIAT APE2 PUN...TP TETIBA BACE BLOG ORG  JUST TO SHARE TOPIC NI!


hari ni aku singgah menyinggah blog orang.. tapi tertarik ngan entry ni.. jom layan.. sekadar untuk bacaan mbik yang baiknye ye.. ^_^


Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
 
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
'You suka marah2 kat i........i carila perempuan yg xkuat marah'
'You xlayan kat i.......i carila perempuan yg pandai layan i'
'You ni duduk rumah da mcm org gaji je gaya........i carila perempuan yg cantik mcm kat office i'
'You ni style macam makcik2 la.....nak kenalkan kat kawan i pun malu'
'You ni da tua la.....I carila yang muda'

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita yang dia pernah sayangi suatu ketika dulu?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat bro kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat bro kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.
-BY brotherlove-